Tips Kekal Cergas di Pejabat pada Bulan Ramadhan

Tips Kekal Cergas di Pejabat pada Bulan Ramadhan

- in Artikel, Pilihan Editor
puasa, cergas, pejabat, tidur

Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh Malaysia. Pastinya bulan rahmat yang datang setahun sekali ini diraikan dengan ibadah yang berterusan dan penambahan pahala yang melimpah ruah. Namun begitu, bagi yang jarang berpuasa pada bulan-bulan lain, bulan Ramadhan ini benar-benar menguji diri lebih-lebih lagi pada mereka yang bekerja.

Pastinya kita mula berasa lemah, lemau, tidak mampu berfikir, kelaparan dan tidak cergas di tempat kerja. Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat kita lakukan supaya kita kekal cergas di pejabat pada bulan Ramadhan ini.

1.Mendengar bacaan Al-Quran, Zikir ataupun lagu ketuhanan,

 

Sambil kita membuat kerja di komputer, dengarkan bacaan Al-Quran, Zikir ataupun lagu ketuhanan melalui fon telinga sekiranya ditakuti mengganggu pekerja yang lain. Pastinya mata kita cerah, jiwa kita tenang dan dalam masa yang sama menambah pahala dengan mengikut membaca Al-Quran ataupun berzikir.

2. Duduk di tempat yang terang

Pastikan tempat duduk kita terang dan selesa. Ini bagi mengelakkan mata kita mudah mengantuk dalam cahaya yang malap.

3. Solat sunat 2 rakaat

Apabila terlalu mengantuk, ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Pastinya selepas itu kita akan menjadi segar.

4. Letakkan wangian

Letakkan wangian di atas meja yang dapat mengekalkan kesegaran dan merangsang otak.

5. Regangkan badan

Sekali-sekala bangun dari tempat duduk dan regangkan otot selepas 2 jam menghadap komputer dan kerja. Cukup sekadar regangan 5 minit supaya dapat mengembalikan kesegaran.

6. Tidur yang mencukupi

Bagi ibu-ibu bekerja, pastikan tidur lebih awal supaya mampu bangun dengan cergas bagi menyiapkan juadah bersahur. Tidur yang mencukupi dapat membantu badan berehat dan kita dapat bangun dengan segar.

7. Amalkan bersahur dan pemakanan yang sihat

Sentiasa amalkan makan sahur dengan karbohidrat kompleks seperti oat, nasi, kurma dan sayuran. Ini dapat membantu kita menahan lapar dan memberikan tenaga sepanjang hari. Elakkan makanan berminyak dan berlemak serta minum air kosong. Elakkan juga minuman berkafein.

Semoga dengan tips ini, kita masih mampu menjalankan tugas di pejabat dengan baik dan tidak menjadikan alasan berpuasa untuk tidak cemerlang dalam bekerja.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *