Si Bangau Sarkastik

Si Bangau Sarkastik

- in Buletin
14040107_1160768067319792_6012104745950810747_n

PUTRAJAYA, 16 Ogos 2016 – Lirik lagu Bangau oh Bangau merupakan lontaran suara sarkastik yang menonjolkan sifat gemar menyalahkan individu atau pihak lain dalam sesuatu perkara yang tidak menjadi.

Siapa saja yang akan terfikir lirik lagu tersebut mengandungi analogi tersirat yang boleh meningkatkan mutu kelancaran sesebuah organisasi?

Kursus Insan Super (Pengurusan Perubahan) yang dianjurkan oleh Bahagian Akaun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama pembekal latihan korporat, FINE Training Academy Sdn Bhd telah berlangsung dengan meriah.

“Saya sangka peserta akan jadi stone dan kerap keluar masuk dewan kursus. Namun, sangkaan saya meleset apabila peserta memberi perhatian sepenuhnya dan kekal sporting hingga ke akhir kursus”, jelas Jurulatih Kursus, Tuan Shariffudin Sahedan yang turut menyifatkan kerjasama daripada pihak urusetia KKMM juga sangat baik.

Penyelaras Program KKMM, Puan Nurul Aini binti Othmanul Hakim berkata, “Objektif kami tercapai dek penyampaian berkesan daripada penceramah dan memberi impak kepada peserta di samping aktiviti-aktiviti yang diadakan bukan sekadar hiburan tetapi penuh dengan maksud tersirat”.

“Saya suka program ini kerana saya dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri dengan aktiviti-aktiviti yang segar dan saya juga ingin mencadangkan program ini dipanjangkan tempohnya”, kongsi Puan Siti Nor Afzan selepas kursus.

Puan Zaity Aznura pula berkata, “Kursus ini membuatkan saya lebih kenal diri saya serta dapat membina keyakinan diri dan yang penting saya tidak lagi memandang rendah terhadap keupayaan seseorang berpandukan sifat luaran sahaja”

Antara aktiviti signifikan yang dijalankan melibatkan kira-kira 60 orang peserta adalah melukis wajah rakan, mengelap kasut rakan, gusti lengan dan bertanya pendapat rakan.

Kursus tersebut juga membentangkan enam modul yang mewakili kuasa-kuasa tertentu iaitu Kuasa Pengalaman, Kuasa Niat Menentukan Kejayaan, Kuasa Law of Giving and Take, Kuasa Perubahan, Kuasa Kenali Diri dan Kuasa Operasi Diri.

13934900_1160765907320008_1205824937658999832_n

13938467_1160764760653456_8739224853962379373_n

14022149_1160763190653613_6581265187910428391_n

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *