Ramadhan Bakal Tiba: Dah Bersediakah Anda?

Ramadhan Bakal Tiba: Dah Bersediakah Anda?

- in Artikel, Isu, Pilihan Editor
1 Ramadhan 1436 H

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, bulan mulia bagi umat Islam, pasti kedengaran lagu-lagu Islamik di semua corong radio. Tiba-tiba teringat lirik lagu Harapan Ramadhan,”Selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu. Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berasa di bulan Ramadhan semula.”

Lagu ini paling kerap diputarkan bia tibanya bulan mulia ini. Hari ini, bukan soal lagu yang ingin dikongsikan tetapi persediaan anda menyambut hari mulia ini. Sudahkah anda bersedia?

Sebelum kita pergi lebih jauh, fahami dahulu maksud puasa iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga Maghrib.

Bagi anda yang bujang, menetap jauh dari keluarga tercinta, persediaan anda mungkin lebih ringan dan mudah kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sudah mempunyai keluarga. Lelaki atau perempuan bujang, mereka sekadar perlu memikirkan keperluan sendiri dan masih mampu mengawal perbelanjaan harian tetapi bagi lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin, banyak lagi yang perlu difikirkan.

Persediaan awal dan perancangan haruslah dilakukan untuk menggelakkan daripada berlakunya pembaziran. Kalau sekarang pun, perbelanjaan harian sudah menongkat dagu semasa membuat pengiraan. Inikan pula, hendak menghitung untuk bulan puasa akan datang. Bagi orang ramai, mungkin akan cakap, “ala, bulan puasa mesti lagi jimat, waktu siang tidak perlu makan.

Sedar atau tidak, perbelanjaan semasa bulan Ramadhan lebih besar berbanding sebelum bermulanya puasa kerana nafsu ketika itu lebih besar terutamanya semasa berjalan untuk membeli makanan sewaktu berbuka.

Walau sesibuk mana pun kita, jangan lupakan perkara utama,iaitu ibadat kepada Allah dengan perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan solat terawih apabila berkesempatan bagi mengejar malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Oleh itu, tanya pada diri anda, sudah bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba ini? Sejauh mana persediaan yang sudah anda lakukan? Tepuk dada, tanya hati. Namun, apa yang penting, jangan lupa niat puasa nanti ya.

Niat Puasa:

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى

NAWAITU SAUMA GHADIN AN ‘ADAI FARDI SYAHRI RAMADHAANA HADZIHIS SANATI LILLAHI TA’ALA

Maksudnya: “Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini karena Allah Taala.”

Tidak sabar rasanya hati mahu menyambut Ramadhan, mengutip pahala ibadat sebanyak mungkin. Allahuakbar. Selamat berpuasa semua.

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *