NLP Senjata Pukau

NLP Senjata Pukau

- in Buletin
14292399_1189409974455601_2478158657934232359_n

BANGI , 7 SEPTEMBER – “Pendekatan perlu berbeza, sebab anda akan berkomunikasi dengan pelbagai latar generasi iaitu generasi X, Y dan Z”, begitu pesan Tuan Fauzul Na’im Ishak seorang Master Coach Neuro Linguistic Programming (NLP).

Beliau berkata sedemikian di Kursus Asas NLP yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, baru-baru ini.

Seramai kira-kira 20 orang kakitangan agensi tersebut berpeluang untuk mempelajari metod efektif dalam mengikat
perhatian audiens masing-masing.

Kakitangan yang terdiri daripada pendakwah menguasai taktik mengenal individu melalui pergerakan mata dan tutur kata.

Kursus tersebut diadakan selama 3 hari bermula 5 September dan telah meninggalkan impak tersendiri dalam kalangan peserta hanya dengan aktiviti ringkas dan konsep kompleks yang dipermudahkan.

Pembekal latihan korporat, FINE Training Academy Sdn Bhd dilihat agresif dalam membantu ILIM mencapai objektif yang disasarkan.

“NLP membuatkan saya ingin berubah dalam melayani anak-anak dan hal ini sangat menyentuh hati dan perasaan saya”, kongsi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Puan Naini Akmal Che Alias.

Tambah beliau, banyak pengisian dan informasi yang diterima melalui penyampaian penceramah yang penuh dinamik.

NLP merupakan satu kaedah untuk memahami bagaimana minda beroperasi dan kemudiannya mempengaruhi tingkah laku dan prestasi. Antara komponen NLP ialah penglihatan, pendengaran dan perasaan yang bercirikan visual, auditori dan kinestatik masing-masingnya.

14344250_1189409581122307_5061367637882812469_n

14390647_1189415074455091_6768203486416874893_n

14330001_1189417451121520_4909412609811130209_n

Related Posts

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *