Mahathir vs Najib

Mahathir vs Najib

- in Artikel, Pilihan Editor
najib vs Tun M

Siapa yang tidak tahu kisah pertempuran antara Mahathir dan Najib baru-baru ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang pelopor yang terkenal di serata dunia, dalam kelantangan beliau mempersoalkan perkara yang salah, penstabilan mata wang Malaysia dan pembangunan Malaysia itu sendiri. Sejarah beliau dalam dunia pemerintahan, dikagumi oleh masyarakat. Beliau juga satu-satunya pemerintah yang berani mempersoalkan jajahan Israel, terhadap tanah Palestin secara langsung di BBC world, dan beliau memberi kenyataan secara terang-terangan bahawa beliau tidak setuju dengan tindakan yang tidak berkemanusiaan Yahudi tersebut.

Kehebatan beliau dalam pimpinan, menyebabkan beliau mempunyai penyokong yang setia dan juga disegani oleh masyarakat di semua peringkat umur. Malahan, pihak pembangkang juga mengagumi dan menghormati beliau sebagai seorang pemimpin. Namun, fokus sekarang ini adalah mengenai komen dan persoalan-persoalan yang diperdebatkan oleh Tun Mahathir kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyentuh banyak perkara.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan persoalan diajukan oleh Tun Mahathir tidak dijawab oleh Datuk Seri Najib, yang dilihat telah mencabar kredibiliti Datuk Seri Najib sebagai seorang pemimpin dalam pemerintahannya.

Antara perkara-perkara yang dipersoalkan oleh Tun Mahathir ialah :
· Masalah hutang 1MDB dan dimanakah wang 1MDB disimpan.
· Penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes Altantuya Shaariibu.

Selain itu, Tun Mahathir turut mengkritik tindakan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan meminta kerajaan untuk menukar balik sistem ini kepada cukai jualan dan servis (SST). Kenyataan tersebut dibalas dengan kenyataan Datuk Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan bahawa Tun Mahathir tidak memahami secara penuh mengenai GST, dan kemungkinan besar beliau hanya mendengar khabar angin mengenai GST melalui sumber yang salah.

Isu antara Tun M dan Datuk Seri Najib ini masih di awang-awangan dan tiada penyudah sehingga kini. Solusinya, Datuk Seri Najib perlu buang tabiat mengendahkan soalan yang diajukan oleh Tun Mahathir. Adapun Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah menggesa Datuk Seri Najib, supaya menjawab persoalan Tun Mahathir dengan berhikmah. Bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Taib turut berkata, “Malaysia akan jatuh bankrap jika UMNO terus mengendahkan amaran Tun Mahathir Mohamad, mengenai hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).”

Jelas bahawa isu ini perlu dijawab dengan segera, bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak enak kepada negara dan secara tidak langsung ia akan menjelaskan segala persoalan mengenai drama antara Mahathir vs Najib di negara.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *