Jururawat Berniaga

Jururawat Berniaga

- in Buletin
14265050_1179116058818326_1389315945864404430_n

KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER “Saya seorang jururawat tapi saya sedar selepas program ini saya boleh
menceburi bidang perniagaan dan saya akan tonjolkan diri saya untuk mencapai perkara tersebut”, kongsi Puan Wan Nurul Ashikin selepas kursus.

Siapa sangka itu respon yang diterima selepas tamat Seminar DISC : Membongkar Potensi Diri bersama seramai kira-kira 150 orang kakitangan Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) di Auditorium Mutiara institusi tersebut.

Ketua Jurulatih FINE Training Academy, Tuan Hanis Jenalis dibawa khas untuk mengendalikan sesi pembongkaran untuk hari tersebut.

“Peserta dapat mempelajari dan mengenalpasti perbezaan antara personaliti, tingkah laku dan tabiat dan saya kagum kerana konsep ketiga-tiganya tidak semudah yang disangka. Ujar beliau lagi, “Mereka juga dapat membaca dan menganalisa karakter dan personaliti rakan-rakan sejawat lain sejurus selepas keluar daripada auditorium, kecoh dibuatnya!”.

Sementara itu, Penyelaras Program di IPK iaitu Puan Siti Salwa Hasbullah menyifatkan objektif yang disasarkan tercapai dengan kualiti penyampaian jurulatih, Tuan Hanis Jenalis serta perkhidmatan pelanggan terbaik daripada fasilitator, Puan Aqilah Zahirah Zulhisham.

Sistem DynamicDISC™ diwujudkan pada tahun 2014 oleh Tim FINE Training Academy Sdn Bhd berdasarkan model asal profil DISC yang diasaskan oleh Dr. William Marston pada tahun 1920 yang kemudiannya dimodenkan pada tahun 2010.

Dominance, Influence, Steadiness dan Compliance merupakan ciri karakter yang ada pada setiap individu dan setiap daripada satunya pula mempunyai ciri-ciri spesifik serta boleh berubah mengikut masa dan persekitaran.

14291828_1179127995483799_6633731412251709791_n

 

14237529_1179128432150422_3655455329078359822_n

 

14192076_1179325872130678_7931168722015028795_n

Related Posts

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *