Jika Gagal, Jangan Terus Gagal.

Jika Gagal, Jangan Terus Gagal.

- in Buletin
14095783_1167606643302601_8934416607480739763_n

KUALA LUMPUR, 20 OGOS – “Gagal sekali, tidak semestinya akan terus gagal lagi. Abang Hasbillah sudah buktikan jika ada kemahuan mesti boleh berjaya”, ujar salah seorang peserta dengan penuh semangat untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Pihak pengurusan SK Sentul 2 sekali lagi memberi kepercayaan kepada FINE Training Academy untuk menganjurkan program motivasi buat pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bermula 5 September nanti.

Tentunya pilihan pakar motivasi, Tuan Hasbillah Hosshan yang juga bekas pelajar sekolah tersebut bukan satu pilihan yang salah.

Brain Power merupakan modul yang mendedahkan bagaimana menggunakan kedua-dua belah otak bagi melancarkan aktiviti ulangkaji, peperiksaan dan juga dalam kehidupan seharian.

Selain itu, permainan “Aku Cerita, Kau Payung” menarik perhatian semua pelajar dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan jari telunjuk untuk belah kanan manakala tapak tangan untuk tangan kiri.

“Belon Stress” juga memperlihatkan pelajar meniup belon sebagai tanda melepaskan segala stress yang ditanggung ke dalam sebiji belon.

“Saya meminta semua pelajar menjerit dan memecahkan belon yang ditiup sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk ke medan perang UPSR”, ujar Tuan Hasbillah Hosshan.

“Awalnya, saya jangka mereka terlalu stress kerana tidak pernah melalui peperiksaan berat sepanjang 6 tahun di bangku sekolah rendah tapi rupanya mereka sangat happening dan sempoi sepanjang program.

“Saya lihat pelajar gembira dan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan saya ingin katakan objektif pihak pengurusan sekolah tercapai”, ujar Puan Rozita Ramli, guru di sekolah tersebut.

Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2016 telah diadakan selama separuh hari bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman melibatkan kira-kira 100 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar buat pertama kali.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *