Ibu Tidak Bertanggungjawab atau Salah Bapa?

Ibu Tidak Bertanggungjawab atau Salah Bapa?

- in Artikel
tanggungjawab

Skop tidak bertanggungjawab amat luas untuk dibincangkan di sini kerana ia melibatkan isu dari pelbagai sudut pemikiran kita. Namun dengan kejadian yang tidak bertanggunjawab semakin berleluasa sekarang, menyebabkan isu tidak bertanggungjawab ini harus dibangkitkan semula bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang mempunyai keluarga.

Isu ibu yang tidak bertanggungjawab menjadi viral di sosial media, dimana ibu meninggalkan anaknya di dalam kereta tanpa rasa tanggungjawab. Benar, sebagai ibu dan bapa, kita tidak mahu perkara ini terjadi, iaitu dengan meninggalkan anak seorang diri berada di dalam kereta. Terdapat pelbagai kemungkinan yang kita tidak boleh jangkakan apa yang akan berlaku pada masa sekarang mahupun akan datang.

Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa dan semua masyarakat harus cakna tentang anak-anak kecil ini, khususnya  mengenai keselamatan mereka. Keselamatan anak-anak amat penting supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada bahaya di sekeliling mereka. Kebanyakan kes yang melibatkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi, seperti kes kanak-kanak diculik, kes kanak-kanak hilang, kes kemalangan, kes penderaan kanak-kanak, kes bayi dibuang dan sebagainya lagi dan kebanyakan kes ini melibatkan nyawa yang tidak berdosa dari umur bayi sehingga kanak-kanak.

Persoalannya adakah ibu yang bersalah dalam hal ini. Rasionalkah ibu yang harus memikul setiap kesalahan yang menimpa anak-anak di atas bahu mereka sendiri, ataupun kesilapan ini seharusnya dipikul oleh si bapa itu juga kerana tidak bekerjasama dengan ibu untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Pelbagai persoalan hanya ibu dan bapa sahaja yang mengetahui jawapannya. Setiap ibu bapa akan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan anak-anak tidak kira di dalam rumah mahupun diluar kerana anak-anak merupakan permata keluarga yang tiada gantinya. Namun, jika perkara yang tidak boleh dielakkan terjadi, itu adalah ujian sebagai manusia di muka bumi ini supaya masyarakat mengambil iktibar dari kejadian tersebut .

Sebagai ibu bapa yang prihatin, jangan biarkan anak-anak anda berseorangan di tempat awam kerana anda akan memberi peluang seluas-luasnya kepada penjenayah mengambil kesempatan terhadap anak-anak anda. Sentiasa awasi dan berwaspada tentang keberadaan anak-anak anda.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *