Dilarang Jadi Pengurus

Dilarang Jadi Pengurus

- in Buletin
page

Batu Caves, 25 Ogos – “Organisasi mempunyai terlalu ramai pengurus, organisasi kurang lahirkan pemimpin”, tegas Tuan Fauzul Na’im Ishak kepada 17 individu yang bakal membangun legasi masa hadapan organisasi.

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) cakna dalam melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu mempelopori organasisi untuk mencapai misi dan visi disasarkan seawal penubuhannya pada tahun 1981.

Kursus Pemimpin Super telah dikendalikan oleh Master Coach, Tuan Fauzul
Na’im Ishak dengan kerjasama FINE Training Academy, sebuah syarikat pembekal latihan korporat sejak tahun 2009.

“Melalui program ini, saya dapat mengetahui matlamat seorang pemimpin dan belajar cara untuk tackle dan menghargai orang bawahan”, ujar Puan Norrina Basir, Pegawai Pentadbiran Pengurusan Risiko dan Audit Dalam KOIMAN selepas kursus.

Beliau turut berkongsi satu perubahan yang berlaku selepas menyertai Kursus Pemimpin Super ini walaupun mengakui pada mulanya agak tertekan apabila mengetahui kerja seorang pemimpin.

“Kini, saya ada sasaran serta matlamat baru dan saya akan ubah cara saya memimpin”, ujar beliau kepada fasilitator program, Nur Aliffah Ab Rojan.
Bertanggungjawab membawa Kursus Pemimpin Super kepada semua ketua unit dan divisyen di KOIMAN, Cikpuan
Rina Aktavia Amril berkata, “Contoh dan penerangan daripada jurulatih sangat jelas serta memberi gred cemerlang terhadap pengurusan FINE Training Academy.

Jurulatih program, Tuan Fauzul Na’im Ishak berharap semua pemimpin di organisasi tersebut lebih berfikiran terbuka terhadap staf masing-masing kerana hal tersebut akan dapat membantu menajamkan skil kepimpinan mereka.
Kursus ini mengaplikasikan beberapa modul antaranya ialah Tetapan Minda “Future, Engagement, Deliver”, analisis
SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat), layanan terhadap individu lain dan tips-tips pemimpin super.

Kursus Pemimpin Super diadakan di pejabat urusan KOIMAN di Pusat Bandar Sri Gombak selama sehari serta mendapat penglibatan 17 orang peserta secara keseluruhannya.

14184422_1170201626376436_7775900240776690212_n

 

14202662_1170201009709831_2737986949984224767_n

 

14183937_1170201943043071_8689252228665469135_n

Related Posts

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *